Di sini saya ingin berkongsi sedikit beberapa kerja pendawaian elekrik yang telah saya buat di dalam rumah ini. Antaranya ialah
1. CCTV dengan sensor gerakan
2. Sistem digit pintu utama berkunci magnetik
3. Sistem penyiram pokok kawalan automatik
4. Sistem lampu dengan pengesan gerakan
5. Sistem lampu dengan pemasa
CCTV dengan sensor gerakan
Acacia Park - Rumah Pertama Kami
Blog ini menceritakan sedikit-sebanyak pengalaman kami membeli rumah pertama untuk tatapan anak-anak kami yang bakal membesar nanti sekiranya berlaku sesuatu kepada ibu dan ayah mereka.
Saturday, December 10, 2011
Sunday, October 30, 2011
Renovation Dapur
7 January 2008, renovation dapur yang pertama di taman Desa Acacia fasa 1 ini. Projek ini di jalan terlebih dahulu sebelum projek pemecahan dinding dapur. Juga di lakukan sebaik dapat kunci dan rasanya belum dapat CF. Memang projek ini mendapat perhatian pihak BBN. Dalam tahun 2008, keadaan negara selepas kegawatan ekonomi menyebabkan bahan2x mentah binaan turun dan tidak menentu. Dengan berbekalkan modal sebanyak RM200..bahan2x mentah dibeli di kedai hardware berdekatan.
Keadaan dapur belkang yang tidak terlindung dengan dinding. Yang si kecil tulah Sofea ketika berumuh 3 tahun.
16 Februari 2008....Kelebihan rumah yang tak seberapa mahal tetapi sangat berbaloi ni dapurnya telah dibina sampai ke belakang sekali.. tak banyak lah belanja nak tambah dinding...hanya setakat satu dinding, tingkap dan pintu sahaja. Tak perlu pecah memecah lagi.
Alhamdulillah. dah tak banyak boleh di renovate rumah ini untuk nampak lagi besar kerana keadaan dalamnya sudah cukup luas untuk rumah teres sebegini.
Renovation Dapur Rumah Acacia Park
Hari ini dalam sejarah, 7 Januari 2008. Teringat bila nak buat "renovation" di dalam rumah ini sebelum CF dikeluarkan, tapi kunci dah terima . Sekali lagi kamilah orang pertama di taman Acacia Park Fasa 1 ini mengejakan dinding pemisah dapur basah dan kering ini walaupun kekadang pintu gerbang ini nampak cantik kerana ala english nya. Memang gegar jugak pemaju BBN masa tu.

Dan pada 16 Februari 2008, projek pemecahan bermula....habis dikerjakan....bising satu taman dibuatnya..jentera mesin penghentam bosch tidah henti-henti memecah keseluruhan concrete dan pintu gerbang. Sekeliling taman yang sunyi sesekali terdengar dentuman mesin dari arah rumah di lorong Jalan Jati 14, ..ini yang buat developer pening pale datang serbu ni.....
Beginilah keadaan di dalam rumah ketika kerja -kerja dihentikan atas nasihat pemaju.
Dan sebaik CF telah diterima, kerja-kerja disambung semula pada 18 Februari 2008. Beberapa tiles yang telah pecah dan susah mendapatkan semula corak yang sama telah berjaya diperolehi, bukan dari rumah jiran tetapi di dalam tong sampah kami yang diletakkan beberapa lebihan tiles oleh kontraktor.

Pada 21 February 2008. Beginilah rupa apabila dinding pemisah telah siap di musnahkan dan di baik pulih dengan tile dinding yang sama. Tertanya-tanya jugak kenapalah dinding itu dipecahkan sebenarnya...tujuannya sebab nak pasang dapur kabinet yang panjang sikit...boleh sorok pinggan mangkuk yang terlalu banyak dari rumah sewa di Senawang .

Pada 2 March 2008. Bermulalah pembinaan table top untuk kabinet dapur. Ini lah sebabnya dinding pemisah ini di runtuhkan kerana memberi peluang dapur yang panjang boleh di bina..

Saturday, October 29, 2011
Acacia Park Fasa 1 (2008) Rumah pertama kami
Hari ini dalam sejarah, pada 18 April 2008, sekali lagi kami telah berhijrah dari Bandar Seremban Selatan, Senawang ke kawasan baru di utara Nilai, Negeri Sembilan. Tempat ini mulanya sunyi sepi dan tersorok di dalam kerana tiada laluan untuk kemana-mana jika ke taman ini melainkan kalau nak ke KUIM ...Taman yang dikatakan ini ialah Desa Acacia Park terletak di utara Bandar Baru Nilai. Kami masih menyimpan iklan rumah di taman ini di bulatan MPN ...dengan bukaan rumah seluas 22' x 70' dengan harga 175K. Sangat memadailah untuk kami yang bergaji kecik ini dan yang baru 8 tahun mendirikan rumah tangga ni. Asalkan ada rumah sendiri dan tak perlu fikir lagi kemana perlu pindah bila rumah yang disewa nak di ambil tuannya. Dipendekkan cerita, melihat keindahan hiasan dalaman rumah contoh fasa pertama ini, semua akan tertarik. Termasuklah kami yang terus meletakkan duit "booking" .
Beberapa bulan sebelumnya iaitu pada (29 July 2007) sebelum berpindah ke Nilai pada hari yang istimewa itu iaitu pada hari lahir Sofea yang ke 3 tahun. Sebaik "loan" lulus...kami telah berkunjung seketika ke taman ini pada hujung minggu yang masih dalam pembinaan....
Beginilah keadaan Desa Acacia Fasa 2 dari jarak jauh. Dibelakangnya Fasa 1 yang telah siap dibina.Dari jauh, kami tersenyum melihat perkembangan projek rumah ini. Tapi rasa macam masih tak puas kalau tak dapat melihat batu bata dan konkrit dari jarak dekat...Akhirnya dengan bantuan tayar Continental yang cukup berprestij ini, CITY hitam kami terus meluncur di atas jalan bertanah merah untuk melihat lebih dekat pembinaan rumah ini dan para-para pekerja BBN yang sedang bekerja.
Di sini kelihatan jelas Desa Acacia 1 telah siap di bina dan pembinaan telah rancak untuk menyiapkan fasa kedua.Di hadapan taman ini pula keadaan masih kosong pada 2007, sebelum terbinanya Acacia Avenue..kawasan perniagaan dan asrama USIM. Dikatakan taman ini dibina di atas tanah bukit yang telah diratakan. Kelihatan beberapa batang pokok getah masih liar di beberapa kawasan taman ini.

Sebaik kunci diterima, kami dah tak sabar-sabar nak menjenguk rumah. Dengan jasa kereta kebanggaan negara Proton Satria NGV 2005 ini, tayar berjenama Conti Comfort 1 dari Continental ini terus meluru ke lorong Jalan Jati 14 dan terus melepaskan kelegaan di "car porch" yang boleh memuakan 4 kereta ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)