Hari ini dalam sejarah, pada 18 April 2008, sekali lagi kami telah berhijrah dari Bandar Seremban Selatan, Senawang ke kawasan baru di utara Nilai, Negeri Sembilan. Tempat ini mulanya sunyi sepi dan tersorok di dalam kerana tiada laluan untuk kemana-mana jika ke taman ini melainkan kalau nak ke KUIM ...Taman yang dikatakan ini ialah Desa Acacia Park terletak di utara Bandar Baru Nilai. Kami masih menyimpan iklan rumah di taman ini di bulatan MPN ...dengan bukaan rumah seluas 22' x 70' dengan harga 175K. Sangat memadailah untuk kami yang bergaji kecik ini dan yang baru 8 tahun mendirikan rumah tangga ni. Asalkan ada rumah sendiri dan tak perlu fikir lagi kemana perlu pindah bila rumah yang disewa nak di ambil tuannya. Dipendekkan cerita, melihat keindahan hiasan dalaman rumah contoh fasa pertama ini, semua akan tertarik. Termasuklah kami yang terus meletakkan duit "booking" .
Beberapa bulan sebelumnya iaitu pada (29 July 2007) sebelum berpindah ke Nilai pada hari yang istimewa itu iaitu pada hari lahir Sofea yang ke 3 tahun. Sebaik "loan" lulus...kami telah berkunjung seketika ke taman ini pada hujung minggu yang masih dalam pembinaan....
Beginilah keadaan Desa Acacia Fasa 2 dari jarak jauh. Dibelakangnya Fasa 1 yang telah siap dibina.Dari jauh, kami tersenyum melihat perkembangan projek rumah ini. Tapi rasa macam masih tak puas kalau tak dapat melihat batu bata dan konkrit dari jarak dekat...Akhirnya dengan bantuan tayar Continental yang cukup berprestij ini, CITY hitam kami terus meluncur di atas jalan bertanah merah untuk melihat lebih dekat pembinaan rumah ini dan para-para pekerja BBN yang sedang bekerja.
Di sini kelihatan jelas Desa Acacia 1 telah siap di bina dan pembinaan telah rancak untuk menyiapkan fasa kedua.Di hadapan taman ini pula keadaan masih kosong pada 2007, sebelum terbinanya Acacia Avenue..kawasan perniagaan dan asrama USIM. Dikatakan taman ini dibina di atas tanah bukit yang telah diratakan. Kelihatan beberapa batang pokok getah masih liar di beberapa kawasan taman ini.

Sebaik kunci diterima, kami dah tak sabar-sabar nak menjenguk rumah. Dengan jasa kereta kebanggaan negara Proton Satria NGV 2005 ini, tayar berjenama Conti Comfort 1 dari Continental ini terus meluru ke lorong Jalan Jati 14 dan terus melepaskan kelegaan di "car porch" yang boleh memuakan 4 kereta ini.
No comments:
Post a Comment