Sunday, October 30, 2011

Renovation Dapur Rumah Acacia Park

Hari ini dalam sejarah, 7 Januari 2008. Teringat bila nak buat "renovation" di dalam rumah ini sebelum CF dikeluarkan, tapi kunci dah terima . Sekali lagi kamilah orang pertama di taman Acacia Park Fasa 1 ini mengejakan dinding pemisah dapur basah dan kering ini walaupun kekadang pintu gerbang ini nampak cantik kerana ala english nya. Memang gegar jugak pemaju BBN masa tu.



Dan pada 16 Februari 2008, projek pemecahan bermula....habis dikerjakan....bising satu taman dibuatnya..jentera mesin penghentam bosch tidah henti-henti memecah keseluruhan concrete dan pintu gerbang. Sekeliling taman yang sunyi sesekali terdengar dentuman mesin dari arah rumah di lorong Jalan Jati 14, ..ini yang buat developer pening pale datang serbu ni.....


Beginilah keadaan di dalam rumah ketika kerja -kerja dihentikan atas nasihat pemaju.












Dan sebaik CF telah diterima, kerja-kerja disambung semula pada 18 Februari 2008. Beberapa tiles yang telah pecah dan susah mendapatkan semula corak yang sama telah berjaya diperolehi, bukan dari rumah jiran tetapi di dalam tong sampah kami yang diletakkan beberapa lebihan tiles oleh kontraktor.



Pada 21 February 2008. Beginilah rupa apabila dinding pemisah telah siap di musnahkan dan di baik pulih dengan tile dinding yang sama. Tertanya-tanya jugak kenapalah dinding itu dipecahkan sebenarnya...tujuannya sebab nak pasang dapur kabinet yang panjang sikit...boleh sorok pinggan mangkuk yang terlalu banyak dari rumah sewa di Senawang .



Pada 2 March 2008. Bermulalah pembinaan table top untuk kabinet dapur. Ini lah sebabnya dinding pemisah ini di runtuhkan kerana memberi peluang dapur yang panjang boleh di bina..


No comments:

Post a Comment